Selasa, 22 Januari 2013

Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita


Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya.

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi.

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh.

Karena andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa kabar.

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata.


sumber:
http://www.facebook.com/pages/CINTA-AYAH-IBU/355817156837?fref=ts

1 komentar:

  1. sayangilah seseorang itu atas dasar cinta dan ketulusan ^_^

    BalasHapus